al kisah abu nawas…………toiyibbbbbbbbbbbbbbbbbb

‘Satu untuk semua dan semua untuk satu’ – Gembala Kambing

 
Kisah Abu Nawas 
dan Raja Harun AI Rasyid
Abu Nawas dan Raja di negeri Baghdad.. Kisah lelucun yang berentetan mengundang pemikiran intelektual.

Selalunya rapat, perhimpunan ‘senate’ mengundang hujah dan soal-jawab. Tetapi kerana kebijakkan Maulana Abu Nawas (AN) mematahkan hujah, pemerintah mengubah itinerary atas nasihat Perdana Menteri.

Wazir atau Perdana MenterI (PM) iri hati dan mensobotaj AN, memandangkan AN sememangnya pintar dan cerdik bermain kata-kata hingga sultan terpesona. Kegemilangan dan ketokohan PM terhakis dengan munculnya watak AN. Lalu PM menasihatkan raja mengubah cara berhujah dan berdebat… Dan mengharapkan AN ‘kantoi’ kali ini.

Selalunya majlis mengandungi soal-jawab tetapi ditukar kepada ‘JAWAB-JAWAB’. Ini membuatkan AN pening kepala dan bersendirian mencari idea bagaimanan menangani masalah raja ‘naik antu’ tetapi tidak juga mendapat ilham…

Selang seminggu, hari yang ditetapkan tiba. AN masih mengelabah “Habislah aku kali ini… rakyat jelata akan mengetawakan…. prototaip aku akan pecah”…

 
Dalam perjalanan ke istana, AN bertembung dengan Gembala Kambing (GK), peminat setianya. “Apa yang anta gusarkan? Lalu AN menceritakan permasalahan yang membelenggu benak batinnya… itu mudah saja…, izinkan ana turut serta…

AN memandang rendah akan GK… ‘Kamu siapa? pakaian compang-camping? busuk? aku sendiri dah nak pitam melayan kerenah raja… tetapi AN berfikir “Tak ada rotan akar kayu mati berguna juga…. lalu membawa GK turut serta…

Tanpa berlengah mereka duduk di tempat yang sudah disediakan untuk majlis JAWAB-JAWAB… Majlis ini sudah diuar-uarkan dan ramailah rakyat jelata menghadirinya. ‘YANG KUAT DATANG BELARI, YANG TUA DATANG BERSORONG, YANG BERTONGKAT DATANG BERTEMAN. Mereka berkerumun di luar dewan ‘senate’.  yang menempatkan raja, AN, GK dan PM dan pembesar-pembesar. Tingkap-tingkap istana dibuka seluas-luasnya.

AN terkenal penuh muslihat, memberitahu hadiran yang mulia bahawa dia akan menyerahkan tugas ini kepada ‘protege’nya saja. Raja angguk kepala tanpa bicara…

Selepas ucapan Perdana Menteri yang penuh adat istiadat, gong dipalu menandakan majlis bermula…. Rakyat terdiam ibarat menunggu pengumanan bermula bulan Ramadan layaknya…

 
 

Soalan 1, diusulkan Raja
Raja membulatkan mata dan memandang GK: Mengangat tangan kanan dan meluruskan dan menegakkan jari telunjuk sambil menghala kepada GK.

GK: Dengan lagak selamba, GK mengangkat tangan kanannya dan menunjukkan dua jari, jari telunjuk dan jari kelingking…
Raja: Setuju dan menunjukkan tanda ‘bagus’ dan mengarahkan rakyat jelata bertepuk tangan.

Soalan 11
Raja: Mengerakkan tangan kanan dan membuat pusing rata dan menyeluruh sambil memandang GK tanpa berkata-kata.

GK: Mana boleh jadi ni? Dengan mata melotot dan terkejut GK mengangkat tangan mengenggam penumbuk dan meletakkan sikunya di atas peha seperti pengusti-tangan aksinya…

Raja: Senyum dan setuju dan mengarahkan rakyat jelata bertepuk tangan kerana GK dapat menjawab persoalannya tanpa mengeluarkan kata-kata. Ada yang bersorak gembira hingga terlondeh kain, mengikut hikayatnya…

Soalan 111
Raja tidak puas hati, menunjukkan tangan sambil membengkokkan jari telunjuk seakan-akan bentuk bulatan atau bulan sabit.

GK: Melihat aksi raja, GK seakan berfikir sesuatu dan menyeluk jubahnya dan menunjukkan sebiji bawang merah yang sedang-sedang besar. Lagak GK seperti menyuraikan kambingnya masuk kandang ketika hujan turun.

Raja senyum, bersetuju dan mengarahkan rakyat bertepuk-tangan dan ada yang menjerit kegembiraan hinggakan riuh-pikuk majlis itu. “protege Abu Nawas muncul…” teriak mereka. Ada yang menjerit, ada yang membuat bunyi kuda, ada yang membuat bunyi unta. AN hanya mendiamkan diri dan tidak menyangka helahnya menjadi, ‘Nak bertepuk tangan salah, nak bersorak terkelu…. Perdana Menteri pula membatu dan seperti tertelan putik durian…

Majlis usai dengan penuh kegembiraan dan raja menganggap rakyat jelata semuanya bijak belaka hatta Gembala Kambing sekali pun…

 Abu Nuwas, Drawing by Khalil Gibran

Perdana Menteri tidak berpuas hati dengan situasi itu dan bergegas mengadap sultan. Raja menerangkan, ‘Satu’ adalah pencipta dunia akhirat iaitu Allah. Beta setuju dan protege AN tidak menafikan dan menunjukkan aksi jari, bersaksikan dua kalimah syahadat.

Soalan kedua… memberi makna segala isi cekera-wala dunia Allah yang punya… dan protege AN membuktikan sambil menunjukkan aksi.

Manakala bulan sabit yang beta tunjukkan memberi makna galaxy alam dan protege AN melalui aksi memberi makna bumi ada tujuh petala langit dan tujuh petala bumi iaitu bawang yang dipersembahkan oleh protege.

Perdana Menteri menelan air liur dan persoalan masih bermain dimindanya. Lalu pergi berjumpa AN. Mana protege anta?, AN selamba berkata, “Ee… tak boleh, itu protege terpilih… Persoalan belum selesai, kata PM…

“Raja menunjukkan tanda ‘1’ memberi makna raja berkehandakkan seekor kambing lalu ana memberi ‘2’ ekor kambing. Seterusnya Raja meratakan tangan mengambarkan Raja berkehandakan semua, mana boleh jadi… sudahlah ana papa kedana, gembala kambing… lalu ana menunjukkan penumbuk…, tak berhati perut, tak boleh jadi orang tua ni fikir ana”.

Raja menunjukkan jari seakan bulan sabit pada fahaman ana itu adalah sebiji ‘telur’. Lalu ana mengeluarkan bawang memberi makna lebih sedap kalau digoreng bersama bawang dengan minyak zaitun. Dan itu kesukaan ana, meningkatkan naluri sengama.

Perdana Menteri ‘terkedu’. Terkena lagi aku…

“Yang arif, kalau ada jawatan kosong di istana, hubungi mentor ana”, teriak GK dan menambah. “Kalau ada masalah yang tidak boleh pecah hubungi ana…”.

PM terkulat lagi dan tidak berkata sepatah pun lalu menonong pergi… macam unta terpijak tunggul kurma.


– Cerita penghibur-lara/berpengajaran: Lakun layar oleh Zoy, gradient dan penyelarasan dari Anep Hadis dan pengubahan skrip mengikut keadaan semasa oleh Abg. Tom.

Abu Nawas orang Persia yang dilahirkan pada tahun 750 M di Ahwaz meninggal pada tahun 819 M
di Baghdad. Setelah dewasa ia mengembara ke Bashra dan Kufa. Di sana ia belajar bahasa Arab dan bergaul rapat sekali dengan orang-orang Badui Padang Pasir. Karena pergaulannya itu ia mahir bahasa Arab dan adat istiadat dan kegemaran orang Arab. la juga pandai bersyair, berpantun dan menyanyi. Ia sempat pulang ke negerinya, namun pergi lagi ke Baghdad bersama ayahnya, keduanya menghambakan diri kepada Sultan Harun AI Rasyid Raja Baghdad

 
Advertisements

“RENUNGAN DAN PERKONGSIAN”

“Bersyukurlah kepada sesiapa sahaja yg MENYAKITIMU hingga kamu berasa SEDIH..

kerana dia yang MENABAHKAN kamu..

bersyukur jua kepada mereka yang tidak MENGENDAHKAN kamu..

kerana dia yang mengajar kita BERDIKARI..

bersyukur juga kepada orang yang MENJATUHKAN kamu..

kerana dia yang MEMPERHEBATKAN kemampuan kamu..

begitu jua bersyukurlah kepada orang yang MENYIKSA kamu..

kerana dia yang MENGUJI KETABAHAN kamu..

Bersyukur HANYA PADANYA..

kerana DIA tidak akan sekali-kali menyakitimu..

Tidak akan menghampakan kamu..

Dan tidak akan meninggalkan kamu keseorangan..”

hurmmmmmmmmmmmmmmmmm

SALAM PERKENALAN

ku ucapkan salam perkenalan …

kutitipkan salam perkenalan
lewat selembar kertas  ini,  moga  ciptakan persahabatan

Satu dua kali seakan terlintas , . .tapi,..

Hasrat hati selalu dan selalu ingin untuk menyibak tuntas,….
Agar Belenggu hati pun terlepas
dalam keramaian hari yang riuh, . .
dengan jutaan suara yang berlomba memenuhi udara yang makin gerah membiarkan semua rasa mengambang tak terkatakan, . .
Aku tertegun…aku terpana merana! hatiku galau tiada terkata,..
menyelimuti rasa kebekuanku yang hendak mencair,
disaat itulah aku tersadar semua ruang beku mengenangmu
Hanya Butiran doa yang merangkai sebuah harap, . .
Karena  Kau membuatku tersenyum, . .  menjalani hari-hariku

Apa arti  setetes  embun  dibandingkan  lautan  yg  luas..